16 November 2012

The Twilight: Breaking Dawn Part 2





    The Twilight: Breaking Dawn Part 2 adalah salah satu filem yang aku nantikan pada tahun ni. Episod terakhir untuk cerita epik cinta antara manusia dan pontianak. Tapi tak tahu la sempat p tgk atau tak sbb tuntutan kerja lebih penting. Huhuhuhu... Nak review skit pasai filem ni. 


   Cerita ini adalah kesinambungan dari The Twilight: Breaking Dawn Part1, di mana Edward Cullen dan Bella berkahwin dan di pengakhiran episod tersebut, Bella hampir kehilangan nyawanya semasa melahirkan anak pertama mereka. Episod terakhir untuk epik ini, selepas Bella selamat melahirkan anak mereka, bermulalah hidupnya sebagai pontianak dan ibu kpd anak yg comel, Renesmee.

       

Keluarga Cullen perlu melindungi Renesmee daripada puak Volturi selepas mereka mengetahui bahawa Renesmee adalah hasil perkongsian hidup vampire dan manusia. Filem ini akan  release di Malaysia pada 22 November 2012. Utk kipas susah mati (die hard fan) filem ni, jgn lupa p tgk episod terakhir epik ini.

CIKGU ISMAIL MASTERCHEF MALAYSIA 2


Sapa tgk MasterChef Malaysia musim kedua? Kalau ada tgk mesti kenai Cikgu Ismail kita ni. Aku review pasal chef sorang ni sbb aku menyokong infiniti % utk beliau sertai program tersebut. Beliau adalah senior sekolah aku dulu, Sekolah Menenegah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, SPS, Penang. Sama sekolah dengan Ustaz Don Daniyal, tapi Ustaz Don junior setahun dari Cikgu Ismail. Masa aku form 1, beliau dah form 5. Tapi mmg best Cikgu Ismail ni sbb dia mmg kelakar sejak sekolah lagi. Siap ada nama gelaran lagi, tp xleh habaqq... atas sbb tertentu.. hehehe..

BIODATA CIKGU ISMAIL :

Nama: Mohamad Ismail bin Haji Amir
Tarikh Lahir: 16 September 1983
Profession: Guru 

Taknak bagitau lebih-lebih. Kalau nk tahu lebih kena tanya tuan badan. :) Alhamdulillah dan sekalung tahniah utk beliau kerana berjaya melayakkan diri sehingga ke Top 12. Paling kagum dengan beliau semasa dalam program tersebut, beliau mampu potong ayam dengan pantas. WOW!!! Dasyat dowh... aku pun xreti.. hehehe.. Walaupun tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya, aku dan fan fanatik dia takkan pernah berhenti menyokong beliau. Untuk fan cikgu Ismail leh lawat fanpage kat Facebook. 

(group ni dicipta masa beliau tgh dilema utk meyertai MCM2 utk mndptkan sokongn rakan seperjuangan)

atau



Chaiyoookkkkkk !!!!! Cikgu Ismail !!




SALAM MA'AL HIJRAH 1434H

     



        Salam Ma'al Hijrah 1434H. Rasanya belum terlambat utk aku ucapkan, tp hari ni dah masuk 2 Muharram 1434H. Indahnya Islam dgn kenikmatan yang diberikan oleh-NYA. Amin. Bersama-sama kita bermuhasabah diri. Semoga diri ini lebih matang dan bijak mengatur langkah hidup berlandaskan syariat Islam. Apa yang dah berlaku pada masa lalu diambil pengajaran dan bertaubat nasuha supaya tidak mengulangi kesilapan-kesilapan tersebut. Alangkah ruginya menjadi khalifah Allah S.W.T di muka bumi tanpa merasai kemanisan iman, sedangkan selangkah kita utk bersama Allah S.W.T, beribu langkah DIA utk bersama kita. Masya-Allah. Biarlah kesilapan lalu dibawa pergi oleh masa.

15 November 2012

Bye, Bye KLIA, Welcome home to Penang !!!!!! ---- 1st March 2012 ----



View from Bandar Sri Pinang(dlnya laut, kini ditambak dgn tanah)


  Lama tidak update blog. Sibuk dengan kerja dan tengah mencari idea-idea yang baik untuk diketengahkan. Sebenarnya, banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun ini. Hehehe.. Contohnya, seperti tajuk di atas. Ye, memang aku dah pindah balik Penang dan akan menetap terus di Penang, Pearl of the Orient. Insya Allah. Untuk masa akan datang, jika ada peluang untuk berhijrah lagi aku tidak akan menolak. Cuma, beberapa tuntutan membuatkan aku pulang ke Penang. Walaupun pengorbanan aku tidak sebesar mn, dan aku tidak mampu berikan yang terbaik utk mereka yang kusyg, tetapi sekurang2nya hati aku lega kerana mampu membantu walau hanya sebesar zarah. Aku tidak minta ganjaran sebaliknya aku hanya nak melihatkan kesenangan dan kegembiraan di hati mereka. Aku tahu, xbyk perk yang aku lakukan utk kebaikan mereka. Maafkan kak, mak!...  Terlalu banyak kekurangan diri ini. Jika aku kaya, aku akan senangkan mereka tanpa mereka bersusah payah.

    Semasa melangkah pulang ke Penang, aku tgk memang dah banyak perubahan yang dilakukan. Ok gak dok kat Penang sebab nak pi mana pun semua dekat, cuma yang tak tahannya, jalan jem... kalau destinasi jaraknya 13 km, dekat 20 minit gak baru sampai(kalau pg n org bekerja)...tak termasuk kalau ada kemalangan, hujan dan traffic light!! Mula2 bw kereta dalam keadaan jem, boring gak. Lama2 jadi lali dah... hehehee... Yang paling aku tak tahan driving kat Penang, ada segelintir pemandu gagal memberikan lampu isyarat ketika hendak masuk di hadapan kereta aku. Pastu klu kita dah bagi signal nak susur ke kiri pun depa blh hon lagi dan lagi laju depa bw kereta. Kalut semacam depa bw kereta. Nak p mn pun xtahu la. Penang ni kecik ja, jdi traffic light ada dekat 6-7 klu aku nk p kerja yg jaraknya 13km sahaja!!! Kat sini aku xnak racist. :) 




    Apapun, Penang memang best ..... nak makan pa, habaq ja...sepanjang hidup aku, tak pernah makan nasi kandaq kt kedai mamak, tp masa aku lapor dri pd 1st March 2012 yang lalu, bermulanya episod makan nasi kandaq Penang... mmg best sehingga menjilat jari. Ada byk kedai nasi kandaq yang aku suka p la ni, cthnya Cafe Cargas kat Bayan Lepas (xjauh dari airport dan kompleks Tabung Haji), ayam goreng dia masa panas mmg sedap gilerrrrr..... satu lgi Restoran Deen kat Jelutong,kuah campoq dia mmg sedap.. hehe... (ada org nasihat aku, kurangkan makan kalau xmau jerawat kat muka naik :) )

                                               
Nasi Kandaq Merlin(Kedai di bwh hotel Merlin, hotel bajet)

  Satu perkara lagi yang best bila aku balik Penang, aku dapat makan kuih dangai yang sebenaq.. Tau ka apa tu kuih dangai? Masa aku dok kt Nilai dl, punya la aku cri merata kuih ni, tp skali je aku jumpa. Bila aku pi gerai makcik tu lg(pasar mlm) dia xjuai dah.. huhu.. kuih dangai ni dia bakaq. klu nak sedap, bakaq cara lama (guna sabut) lagi sedap dowhh... hehehe ....


Ni la kuih Dangai.....

    Antara makanan yg feymes kat Penang, adalah pasemboq (org luaq panggil rojak).... Sempat gak aku mkn pasemboq Union Street yang sedap. Kalau nak dibandingkan pasemboq kat Bandar Enstek yg penuh ngn kerak tepung je, tp harga rm3.50, mmg berganda sedap pasemboq Union Street ni. Udang putih yg byk dlm cucoq dan kuah yang mmg sedap dowhhh.. hehehehe.. harga tertakluk kpd apa yg kita amik tp xde la cekik drh mcm kt Padang Kota. Ok la, next time sambung lagi. Nak tdoq dl sbl p qeja.. adiooss...

Pasemboq Union Street (letak sotong kering skit, baru RM4.50 ngn ayaq sirap)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...