30 September 2011

Mengubah Ciptaan Allah S.W.T.

    Mengubah ciptaan Allah S.W.T. adalah suatu perbuatan yang dilaknat serta bersifat tidak bersyukur dengan nikmat dan anugerah yang telah diberikan oleh Maha Pencipta kepada manusia. Di akhir zaman kini, manusia sentiasa terdesak dengan desakan hidup yang tinggi seperti keinginan dalam status, penampilan, wang ringgit, harta dan sebagainya. Malah ada yang sanggup mengubah ciptaan yang sempurna kurniaan Ilahi sehingga membazir ribuan ringgit untuk memuaskan nafsu sendiri. 
Allah S.W.T. berfirman:

4:119

 (119:سورة النسا)




Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.


(Surah  An-Nisaa': Ayat 119)


    Dalam firman Allah S.W.T. Surah An-Nisaa', ayat 119, telah jelas menyatakan  bahawa syaitan akan sentiasa menyesatkan manusia dengan pelbagai cara termasuklah hasutan untuk mengubah ciptaan Allah S.W.T. Tetapi, sedarkah manusia akhir zaman tentang perkara tersebut? Berapa ramaikah yang sedar akan mengubah ciptaan adalah salah satu agenda syaitan dalam menyesatkan kita? 

Antara larangan mengubah ciptaan Allah S.W.T:



1. Membuat tatu

   Tatu bermaksud membuat tanda atau lukisan pada mana-mana anggota bahagian tubuh secara kekal seperti muka, lengan dan belakang. Ia dibuat menggunanakan dengan warna yang tertentu dengan menusuk-nusuk jarum pada anggota bahagian badan. 



2. Menjarangkan gigi

   Perbuatan ini adalah dilarang kerana mempunyai unsur-unsur penipuan dan menghias diri berlebihan. Walaubaimanapun, terdapat pengubahan yang diharuskan seperti memperbaiki gigi yang rosak, sumbing dan sebagainya yang bertujuan untuk perubatan dan pemulihan. 



3. Mencukur alis


   Amalan mencukur alis, mencabut atau menghilangkannya dengan apa cara sekalipun adalah perkara yang dilarang dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Kita perlu ingat bahawa setiap kejadian pada diri kita adalah cukup cantik dan sempurna serta mempunyai peranan masing-masing contohnya alis mata. Alis mata mampu menghalang sesuatu seperti air hujan terus memasuki mata bersesuaian dengan bentuk muka kita. Sebab itu ada kening yang nipis, lebat dan sebagainya.


4.  Menyambung rambut, Memakai rambut palsu, Mewarna rambut


      Perkara ini selalu dilakukan oleh kaum wanita dengan bertujuan untuk kecantikan. Tetapi zaman sekarang lelaki pun mengenakan rambut palsu dan mewarna rambut yang kononnya trend dan style. Mewarnakan rambut dibenarkn jika bahan yang digunakan adalah 100% inai dan tidak dicampurkan dengan bahan lain serta bertujuan baik seperti untuk perubatan.



5.  Mengubah anggota badan


 Perbuatan mengubah anggota badan kini semakin berleluasa di serata dunia. Antara contoh mengubah anggota badan ialah, melakukan pembedahan alat kelamin. Kebanyakan lelaki zaman moden kini lebih cenderung untuk menjalani kehidupan sebagai seorang 'perempuan'. Sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk melakukan pembedahan alat kelamin. Perbuatan ini adalah perbuatan yang dimurkai oleh Allah S.W.T.

'Daripada Ibnu Abas R.A. katanya, sabda Rasulullah S.A.W. , Allah S.W.T. melaknat lelaki-lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki'
(Riwayat Al-Bukhari)


Antara yang lain, pembedahan plastik. Pembedahan plastik diharuskan jika bertujuan untuk perubatan dan pemulihan, contohnya mengambil kulit di paha untuk menutup kulit muka yang terbakar, kulit kepala menggantikan bibir mulut yang rosak  dan sebagainya.


Notes: Menghilangkan bulu yang tumbuh seperti janggut dan misai bagi wanita adalah diharuskan kerana boleh mendatangkan keaiban dan fitnah.


~Sekadar berkongsi serta memperingati antara satu sama lain dan diri sendiri.~


27 September 2011



its raining...




nothing special..just testing a new entry with the new layout...
wut do you think??

hehehe...:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...