15 November 2012

Bye, Bye KLIA, Welcome home to Penang !!!!!! ---- 1st March 2012 ----



View from Bandar Sri Pinang(dlnya laut, kini ditambak dgn tanah)


  Lama tidak update blog. Sibuk dengan kerja dan tengah mencari idea-idea yang baik untuk diketengahkan. Sebenarnya, banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun ini. Hehehe.. Contohnya, seperti tajuk di atas. Ye, memang aku dah pindah balik Penang dan akan menetap terus di Penang, Pearl of the Orient. Insya Allah. Untuk masa akan datang, jika ada peluang untuk berhijrah lagi aku tidak akan menolak. Cuma, beberapa tuntutan membuatkan aku pulang ke Penang. Walaupun pengorbanan aku tidak sebesar mn, dan aku tidak mampu berikan yang terbaik utk mereka yang kusyg, tetapi sekurang2nya hati aku lega kerana mampu membantu walau hanya sebesar zarah. Aku tidak minta ganjaran sebaliknya aku hanya nak melihatkan kesenangan dan kegembiraan di hati mereka. Aku tahu, xbyk perk yang aku lakukan utk kebaikan mereka. Maafkan kak, mak!...  Terlalu banyak kekurangan diri ini. Jika aku kaya, aku akan senangkan mereka tanpa mereka bersusah payah.

    Semasa melangkah pulang ke Penang, aku tgk memang dah banyak perubahan yang dilakukan. Ok gak dok kat Penang sebab nak pi mana pun semua dekat, cuma yang tak tahannya, jalan jem... kalau destinasi jaraknya 13 km, dekat 20 minit gak baru sampai(kalau pg n org bekerja)...tak termasuk kalau ada kemalangan, hujan dan traffic light!! Mula2 bw kereta dalam keadaan jem, boring gak. Lama2 jadi lali dah... hehehee... Yang paling aku tak tahan driving kat Penang, ada segelintir pemandu gagal memberikan lampu isyarat ketika hendak masuk di hadapan kereta aku. Pastu klu kita dah bagi signal nak susur ke kiri pun depa blh hon lagi dan lagi laju depa bw kereta. Kalut semacam depa bw kereta. Nak p mn pun xtahu la. Penang ni kecik ja, jdi traffic light ada dekat 6-7 klu aku nk p kerja yg jaraknya 13km sahaja!!! Kat sini aku xnak racist. :) 




    Apapun, Penang memang best ..... nak makan pa, habaq ja...sepanjang hidup aku, tak pernah makan nasi kandaq kt kedai mamak, tp masa aku lapor dri pd 1st March 2012 yang lalu, bermulanya episod makan nasi kandaq Penang... mmg best sehingga menjilat jari. Ada byk kedai nasi kandaq yang aku suka p la ni, cthnya Cafe Cargas kat Bayan Lepas (xjauh dari airport dan kompleks Tabung Haji), ayam goreng dia masa panas mmg sedap gilerrrrr..... satu lgi Restoran Deen kat Jelutong,kuah campoq dia mmg sedap.. hehe... (ada org nasihat aku, kurangkan makan kalau xmau jerawat kat muka naik :) )

                                               
Nasi Kandaq Merlin(Kedai di bwh hotel Merlin, hotel bajet)

  Satu perkara lagi yang best bila aku balik Penang, aku dapat makan kuih dangai yang sebenaq.. Tau ka apa tu kuih dangai? Masa aku dok kt Nilai dl, punya la aku cri merata kuih ni, tp skali je aku jumpa. Bila aku pi gerai makcik tu lg(pasar mlm) dia xjuai dah.. huhu.. kuih dangai ni dia bakaq. klu nak sedap, bakaq cara lama (guna sabut) lagi sedap dowhh... hehehe ....


Ni la kuih Dangai.....

    Antara makanan yg feymes kat Penang, adalah pasemboq (org luaq panggil rojak).... Sempat gak aku mkn pasemboq Union Street yang sedap. Kalau nak dibandingkan pasemboq kat Bandar Enstek yg penuh ngn kerak tepung je, tp harga rm3.50, mmg berganda sedap pasemboq Union Street ni. Udang putih yg byk dlm cucoq dan kuah yang mmg sedap dowhhh.. hehehehe.. harga tertakluk kpd apa yg kita amik tp xde la cekik drh mcm kt Padang Kota. Ok la, next time sambung lagi. Nak tdoq dl sbl p qeja.. adiooss...

Pasemboq Union Street (letak sotong kering skit, baru RM4.50 ngn ayaq sirap)




2 ulasan:

insan marhaen berkata...

selamat balik mai penang. memang pemandu kat penang lebih brutal dari pemamndu di KL...

Sab Sabrina berkata...

hehe...ms mula2 pindah dl, terkejut gak dan jadi kekok nk driving.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...