16 November 2012

The Twilight: Breaking Dawn Part 2





    The Twilight: Breaking Dawn Part 2 adalah salah satu filem yang aku nantikan pada tahun ni. Episod terakhir untuk cerita epik cinta antara manusia dan pontianak. Tapi tak tahu la sempat p tgk atau tak sbb tuntutan kerja lebih penting. Huhuhuhu... Nak review skit pasai filem ni. 


   Cerita ini adalah kesinambungan dari The Twilight: Breaking Dawn Part1, di mana Edward Cullen dan Bella berkahwin dan di pengakhiran episod tersebut, Bella hampir kehilangan nyawanya semasa melahirkan anak pertama mereka. Episod terakhir untuk epik ini, selepas Bella selamat melahirkan anak mereka, bermulalah hidupnya sebagai pontianak dan ibu kpd anak yg comel, Renesmee.

       

Keluarga Cullen perlu melindungi Renesmee daripada puak Volturi selepas mereka mengetahui bahawa Renesmee adalah hasil perkongsian hidup vampire dan manusia. Filem ini akan  release di Malaysia pada 22 November 2012. Utk kipas susah mati (die hard fan) filem ni, jgn lupa p tgk episod terakhir epik ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...