10 Januari 2011

Selamat datang 2011

   Selamat datang 2011. Walaupun aku lambat wish untuk tahun baru ni, aku harap still ada ruang untuk aku. Tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan dan penuh dengan pengajaran. Apa yang kuharapkan, 2011 membuka lebih banyak ruang pada aku dan sudah tiba masa aku berubah. Aku perlu berubah untuk kehidupan yang lebih baik dan yang ku tak tahu juga penghujungnya bila. Pada aku, manusia perlu berubah dari semasa ke semasa untuk menjadi Hamba Allah yang lebih baik di muka bumi ini, yang sentiasa taat dan patuh pada ajaran yang telah diturunkan oleh-NYA. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui setiap isi hati makhluk ciptaan-NYA. Aku akui, aku amat merindui insan yang telah meninggalkan aku hampir 5 tahun lalu. Aku masih tak dapat melupakan arwah. Dari kecil dia menjaga dan membelai aku, pemergiannya amat kurasakan. Dia tempat aku mengadu dan tempat aku bermanja. Walaupun dia hanya emak saudara aku, tapi aku amat menyayangi dan mencintainya. Aku hanya berdoa dari atas muka bumi ini untuk kesejahteraan dia di sana. Semoga roh dia ditempatkan bersama orang-orang yang solehah. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...