02 Disember 2009

La Tahzan

La Tahzan yang bermaksud Jangan Bersedih( Don't be Sad) adalah sebuah buku yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Apabila saya baca buku ini dan isi kandungannya yang mudah difahami membuatkan hati berasa tenang. Pada saya, setiap orang Muslim patut memilikinya, baca, fahami dan pratikkan dalam kehidupan seharian. Yang baik kita ambil sebagai teladan, yang buruk jangan la kita ikutkan. Pada yang sedang berduka lara, perlukan sinar cahaya kembali, buku ini sangat sesuai untuk kembali segar meneruskan kehidupan ini. Isi di dalam buku ini bukan sahaja kata-kata semangat dan motivasi tetapi disertakan juga hadis-hadis Rasulullah S.A.W., firman Allah S.W.T yang diturunkan melalui Al-Qur'an dan juga kata-kata pujangga. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...